Ulasan Jurnal Kajian Tindakan [scribd id=16049853 key=key-1d1613s1azex70o1c2ri]

Sunday, May 24, 2009
















You and Your Action Research Project
by Jean McNiff (Author), Jack Whitehead (Author), Pamela Lomax (Author)


I) Konsep Kajian Tindakan

-Berdasarkan buku ini, maksud kajian adalah untuk mengetahui sesuatu perkara yang tidak diketahui sebelum ini. Tujuan kajian adalah untuk memperbaiki mutu kerja masing-masing. Dalam kajian kualitatif, penyelidik membuat kajian dan pemerhatian tentang perkara yang dilakukan oleh orang lain. Ia memfokuskan kepada penambahbaikan diri sendiri dan memerlukan tindakan untuk peningkatan.

- Kajian tindakan merupakan maklumat perkongsian dengan orang lain dan berbeza dengan kajian saintifik sosial yang bertujuan untuk memahami dan menghuraikan sesuatu situasi yang berlaku. Kajian tindakan bermaksud proses membentuk diri seseorang dan kemahiran untuk mengembangkan pemahaman tentang sesuatu perkara yang dilakukan sebagai seorang penyelidik. Ia menjadikan amalan sendiri sebagai fokus utama dan melibatkan orang lain sebagai kolaborator.

-Kajian tindakan ini bukan bertujuan untuk mengubah orang lain, tetapi mengubah diri mereka dengan soalan, apakah yang mereka lakukan, penilaian terperinci dan menjelaskan kepada orang lain bagaimanakah penambahbaikan diri boleh menyumbang kepada penambahbaikan masyarakat.
-Satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut, serta bersedia untuk mengubahnya.

*Proses kajian tindakan memfokuskan ciri utama iaitu:

1. Tanggungjawab penambahbaikan pendidikan yang merupakan campur tangan dalam melatih diri untuk menggalakkan penambahbaikan diri sendiri dan orang lain.
2. Jenis khusus soalan kajian seperti; bagaimanakah saya membuatnya….. dan tujuan ini bukan menganggap tanggungjawab untuk memperbaiki orang lain tetapi memperbaiki diri sendiri, menghargai diri dalam hubungan dengan orang lain serta kualiti pengaruh yang boleh dinilai dari segi bagaimana orang lain akan respons terhadap kelakuan diri.
3. Meletakkan “saya” di tengah kajian dengan menjadikan “saya” sebagai subjek dan objek kajian dengan mengambil tanggungjawab untuk tindakan diri saya sendiri. “Saya” merujuk kepada guru. Guru juga akan menunjukkan rasa hormat pada pendapat orang lain dan berani menghadapi risiko.
4. Tindakan yang berdasarkan fakta, terikat dan perkara yang disengajakan. Tindakan biasanya berdasarkan fakta bukan hanya perkara yang berlaku. Ia memerlukan kepada keputusan ke atas tindakan dengan penuh keyakinan.
5. Pemantauan yang sistematik untuk mengumpul data yang sah kerana ia melibatkan kepada keputusan yang rumit. Sistematik bermaksud data yang dikumpul bukan secara rawak tetapi perlu selesai menurut beberapa perancangan.
6. Huraian sebenar tindakan merupakan aktiviti yang berlaku dan selalunya dalam bentuk laporan. Huraian terdiri dalam pelbagai bentuk. Kebiasaannya adalah seperti berikut:

a. Laporan berdasarkan fakta
b. pendekatan multimedia
c. Laporan subjektif
d. Laporan fiksyen
7. Penjelasan tindakan yang melibatkan mengenal pasti makna serta mengaitkan dengan kerja yang lain dan pembinaan modul
8. Cara baru untuk mempersembahkan kajian melalui penulisan dan bukan penulisan
9. Kewajaran tuntutan kajian tindakan dengan meneliti secara kritis tuntutan semula keterangan
10. Membuat kajian tindakan umum yang merupakan jalan yang terbaik untuk mendapatkan keterangan. Meminta pandangan orang ramai bukan hanya tertumpu pada bidang penerbitan yang terdapat di dalam jurnal atau persidangan melalui surat khabar. Tetapi ia merangkumi perkongsian idea dan mencari orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Membuat kajian terhadap orang ramai merupakan jalan yang terbaik untuk mendapatkan kesahan maklumat.

II) Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan?

1. Sebagai asas untuk membuat keputusan berasaskan data
2. Membantu guru dan pihak lain yang berkepentingan dalam mengenal pasti keperluan, menilai tindakan dan perubahan yang telah dilakukan
3. Mendokumenkan tindakan guru semasa membuat sesuatu keputusan
4. Sebagai alat penilaian dalam penilaian kendiri dan institusi
5. Sebagai sumbangan kepada perkembangan profesionalisme guru

III) Reka bentuk kajian tindakan








(Mcniff with Whitehead, 2000, 2002)
http://www.jeanmcniff.com/papers/limerick/UL_paper_final.htm

a) Mengenal pasti kawasan lapangan yang akan diselidiki
b) Memikirkan jalan penyelesaian
c) Melaksanakan penyelesaian
d) Menilai penyelesaian
e) Mengubah latihan melalui penilaian

Kitaran penyelidikan tindakan ini boleh bertukar kepada kitaran penyelidikan tindakan yang baru sebagai permulaan kawasan penyiasatan yang baru. Ia berkemungkinan boleh membayangkan beberapa siri kitaran untuk menunjukkan proses-proses pembangunan latihan. Proses-proses tersebut boleh ditunjukkan sebagai kitaran berpusar, di mana satu isu membentuk asas yang lain dan kerana satu soalan dinyatakan, jawapan bagi persoalan itu menghasilkan soalan-soalan yang baru.
http://www.jeanmcniff.com/booklet1.html#2

1. Model
- Jean McNiff, Pamela Lomax dan Jack Whitehead.

2. Sampel
- Penyelidik memfokuskan diri sendiri sebagai sumber utama dalam sampel kajian dan juga orang ramai sebagai penyertaan dalam sampel kajian. Iaitu dengan menilai dirinya sendiri dan berdasarkan pendapat orang ramai melalui kaedah yang sistematik iaitu bukan secara rawak tetapi berdasarkan perancangan. Ia mestilah mempunyai kemungkinan secara menyeluruh kerana banyak gambaran penting yang boleh dihasilkan selepas penyelidikan untuk menghubungkaitkan data yang telah dikumpul. Data tersebut boleh ditukar kepada bukti untuk menunjukkan pemahaman dalam perubahan ini.

3. Setting kajian
- London

IV) Prosedur kajian tindakan

1. Mengumpul data tentang tindakan supaya dokumen tersebut boleh menerangkan dengan jelas apa yang telah berlaku.
2. Mentafsirkan data yang telah dikumpulkan supaya anda boleh menghasilkan penerangan yang belum pasti tentang sesuatu perkara yang berlaku.
3. Penilaian apa yang sudah selesai supaya anda boleh merancang semula untuk tindakan yang akan datang.

*Bagaimanakah cara untuk menghasilkan data?


1. Memantau tindakan diri sendiri dengan mengenal pasti tujuan dan motif sebelum gambaran peristiwa yang berikutnya seperti mana yang sepatutnya dilakukan oleh kamu
2. Memantau tindakan orang lain bermaksud memantau pengajaran guru sebelum dan selepas sesi maklum balas. Kajian tindakan ini bukan hanya membuat penilaian tentang orang lain, tetapi membuat penilaian tentang diri sendiri dan kualiti pengajaran dengan meminta mereka membuat pertimbangan ke atas diri mereka sendiri.
3. Memantau perbualan yang kritikal tentang kajian sepatutnya di peringkat proses. Kritikal bukan menandakan kritikan negatif. Ia merujuk kepada proses kritikan

IV) Pengumpulan dan penganalisisan data

1. Instrumen kajian

-Alat ukur yang mengandungi beberapa siri item yang boleh memberi gambaran penilaian dan mentafsir daripada angka-angka yang diperoleh dengan menghasilkan makna. Kajian tindakan menggunakan pelbagai metod untuk menjana data.


2. Teknik pengumpulan data
a) Menggunakan kajian diari
b) Kaedah pemerhatian
c) Soal selidik
d) Temu bual
e) Fotografi, audio dan rakaman pita video serta perantara interaktif

3. Teknik penganalisisan data
-Teknik penganalisisan data tertumpu pada kaedah pengumpulan data yang mana kaedah ini memerlukan kepada lakaran perancangan masa kajian yang lebih spesifik. Ianya menggunakan kerangka kerja dengan menyenaraikan perbualan tersebut dalam satu paksi berserta dengan tempoh masa percakapan antara satu sama lain. Teknik ini bertujuan untuk mengenal pasti jumlah masa percakapan mereka antara satu sama lain dan merakamkan dengan menggunakan rakaman suara untuk menyemak kembali data tersebut.

-Proses penganalisisan data direkodkan dengan carta dan jadual untuk menunjukkan kategori perbualan tersebut. Berikut adalah contoh laporan rekod kategori perbualan:







Penjelasan data pemerhatian ini berguna untuk mencari perubahan dalam pelbagai situasi yang lepas seperti perhubungan antara sekumpulan manusia atau antara manusia dengan kumpulan yang lain. Jadual pemerhatian ini sesuai digunakan bersama rakaman suara dan rakaman video atau pun kerjasama dalam kumpulan.


V) Etika kajian tindakan

Senarai semak merupakan asas kepada pertimbangan etika. Ianya tidak komprehensif dan juga tidak meliputi semua keadaan yang berhampiran. Dalam kemajuan kajian, hendaklah sentiasa menyemak dengan yang lain yang mana telah memenuhi etika komitmen iaitu:

a) Membuat dokumen
b) Berunding untuk mendapatkan maklumat
c) Perjanjian rahsia
d) Memastikan hak responden berada di dalam situasi kajian
e) Memastikan kawalan golongan akademik dengan profesional yang baik
f) Mendapat kepercayaan daripada responden


VI) Kebolehpercayaan dan kesahan kajian tindakan

Kebolehpercayaan merujuk kepada proses mendapatkan pengetahuan dengan melakukannya secara umum untuk penelitian yang kritikal mengikut kesesuaian taraf pemikiran. Manakala kesahan merujuk kepada kekuatan peristiwa yang menentukan kebenaran dalam konteks yang biasa. Terdapat pelbagai bentuk kesahan, antaranya:

a) Kesahan diri
b) Kesahan rakan sebaya
c) Kesahan berperingkat
d) Kesahan klien
e) Kesahan akademik

VII) Penilaian keseluruhan terhadap buku ini

Buku ini merupakan hasil nukilan oleh Jean McNiff, Pamela Lomax dan Jack Whitehead. Ia memfokuskan bagaimana cara untuk melaksanakan kajian tindakan melalui kajian yang telah dijalankan. Di dalam buku ini turut dijelaskan tentang konsep kajian tindakan, prosedur, reka bentuk, pengumpulan dan penganalisisan data, etika, kesahan dan kebolehpercayaan kajian tindakan. Ia merujuk kepada bagaimana seorang guru dapat melaksanakan kajian tindakannya melalui prosedur dan perancangan yang betul. Kajian tindakan ini merupakan satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut, serta bersedia untuk mengubahnya. Tujuan kajian ini adalah untuk membantu guru dan pihak lain yang berkepentingan dalam mengenal pasti keperluan, menilai tindakan dan perubahan yang telah dilakukan. Reka bentuk kajian adalah bersumberkan (Mcniff dan Whitehead, 2000, 2002). Iaitu:

i. Mengenal pasti kawasan lapangan yang akan diselidiki
ii. Memikirkan jalan penyelesaian
iii.Melaksanakan penyelesaian
iv.Menilai penyelesaian
v. Mengubah latihan melalui penilaian

Di dalam buku ini, penyelidik memfokuskan dirinya sendiri sebagai sumber utama dalam sampel kajian dan juga orang ramai sebagai penyertaan dalam sampel kajian. Penyelidik iaitu guru perlu menilai dirinya sendiri dan merujuk pendapat orang ramai melalui kaedah yang sistematik iaitu bukan secara rawak tetapi berdasarkan perancangan. Teknik pengumpulan data menggunakan kaedah kajian diari, kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual, fotografi, audio, rakaman pita video dan perantara interaktif. Ini memudahkan bagi seorang guru untuk menganalisis data melalui kaedah pengumpulan data yang pelbagai. Data yang diperolehi akan direkodkan dalam bentuk jadual atau carta. Penyelidik menggalakkan kepada guru yang melaksanakan kajian tindakan untuk menggunakan pita rakaman suara ataupun rakaman video agar kajian yang dijalankan berjalan dengan lancar. Secara keseluruhannya, buku ini memberi panduan kepada guru yang ingin membuat kajian tindakan melalui pelbagai contoh yang ditonjolkan. Ia sesuai untuk seorang guru dalam membuat kajian tindakan masing-masing.

Tuesday, May 12, 2009

KULIAH 4: LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES KAJIAN TINDAKAN
(Johnson, 2005)


1-Kajian Kepustakaan

  • Sorotan ke atas bahan2 literatur spt buku, jurnal, artikel seminar & laporan
  • Dilakukan scra kritikal ke atas poin2 yg dikemukakan
  • Memerlukan kmhran berfikir aras tinggi

2-Membanding &Membeza

  • Mencari persamaan & perbezaan berdasarkan kriteria spt cirri, sifat, kualiti & unsur sesuatu objek @ peristiwa.
  • Kemahiran ini digunakan apabila:
    - Terdapat 2@ lebih cirri @ kemungkinan
    - Buat pilihan @ keputusan
  • Langkah penggunaan
  1. Perhatikan dan beri tumpuan kpd 1 @ beberapa cirri kajian tindakan (sampel, setting (tempat kajian), prosedur, pengumpulan & penganalisisan data).
  2. Kenal pasti ciri kajian tindakan itu
  3. Tentukan sama ada kajian tindakan yg lain mempunyai ciri yg sama
  4. Nyatakan ciri itu sama @ berbeza

3-Menganalisis

  • Mengolah maklumat dgn hraikan pada bahagian yg lbh kecil bagi memahami sesuatu konsep @ peristiwa serta mencari makna yg tersirat.
  • Untuk mengenali bahagian2, memahami hubung kait antara bahagian & mengenali prinsip yg terlibat
  • Menganalisis ialah suatu kemahiran yg kompleks menggunakan beberapa cirri kemahiran berfikir

4-Menilai

  • Membuat pertimbangan tentg sesuatu perkara dari segi kebaikan & kelemahan berdasarkan bukti @ alil yg sah
  • Kemahiran ini digunakan unk membuat keputusan bagi:
    a) Memilih sesuatu
    b) Menerima @ menolak sesuatu idea

5-Membuat Kesimpulan

  • Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yg berdasarkan kpd sesuatu hipotesis @ mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan
  • Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal& menyokong pernyataan

6-Mensintesis

  • Menggabungkan idea, unsure, item & perkara yg berasingan untuk menghasilkan gambaran yg menyeluruh dlm bentuk pernyataan, esei, lukisan & artifak.

Saturday, May 9, 2009

KULIAH 3: PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Konsep perubahan dalam pendidikan:

-Perubahan dalam pendidikan tak dapat dielakkan
-Kalau tak nak ubah, keadaan yang akan mengubahnya
-Perubahan berlaku kadang-kala mewujudkan ketidakpastian
-Dalam pendidikan, ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda
-Pendidikan ialah I bidang yang dinamik bukannya statik

Jenis Perubahan:

*Menurut Dessler (1995), ada 4 jenis perubahan:

1) Perubahan ke arah peningkatan


-Beri kesan pada komponen2 tertentu dalam organisasi. Contohnya: Ubah Perdana Menteri, kena ubah kementerian.


2) Perubahan strategik organisasi

-Mendefinisikan semula peranan organisasi. Contohnya: guru dulu dan sekarang
lain definisinya
-Perubahan nilai teras organisasi
-Pembentukan semula misi
-Perubahan struktur dan strategi organisasi

3) Perubahan reaktif

-Berlaku akibat tindak balas langsung daripada pihak berkepentingan (stake holders)

4) Perubahan akibat daripada jangkaan
-Bukan disebabkan pelanggan, tetapi terdapat kesedaran dalam kalangan
pengurusan yang perlu diadakan perubahan

*Perubahan adalah sangat kompleks dan dikaitkan dengan proses evolusi dan
revolusi.
*Perubahan itu multidimensi yang mana sebarang keputusan yang diambil untuk
mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan.

Terdapat 6 dimensi yang perlu diketahui dan difahami:
1- Tujuan perubahan
2- Unit perubahan
3- Sifat perubahan
4- Magnitud perubahan
5- Skop perubahan
6- Jangka masa perubahan

Model-model Perubahan:

1) Model penggabungan Roger
2) Model kanter
3) Model Rand
4) Model ACOT

Pengurusan Proses:
Kaedah Kajian:
1) Kajian Kualitatif
2) Merupakan kajian pelbagai kes @
multiple case

Tugasan Kumpulan: Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan
dan bincangkan cara penyelesaiannya.

Sunday, May 3, 2009

KULIAH 2: REKA BENTUK KAJIAN
TINDAKAN

Kajian Tindakan banyak kitaran:




























Cycle 1;

1) Reflect
2) Plan
3) Action
4) Observe

*Action Research Protocol after Kammis*





Aktiviti 1:
Soalan: Refleksi Selepas mengikuti program Bina Insan Guru

1) Refleksi Masalah:
  • Pengurusan masa yang tidak konsisten
  • Kurang keyakinan dalam diri
  • Tidak berani untuk kehadapan
  • Stamina tidak mantap
  • Emosi yang tidak stabil
  • Kadang-kala tidak sependapat dalam satu kumpulan tetapi tidak berani untuk meluahkan pendapat kerana bimbang menyakiti hati

2) Penambahbaikan:

  • Perlu bijak merancang masa untuk diri dan aktiviti
  • Sentiasa bersikap proaktif untuk berjaya
  • Self-confidence perlu dibentuk dari sekarang dan selama-lamanya
  • Sentiasa memantapkan stamina dengan aktiviti bersukan, bersenam dan sewaktu dengannya
  • Belajar untuk mengawal emosi
  • Berani untuk menyatakan pendapat sendiri dan berani untuk menerima kritikan

3) Rancang pelan tindakan untuk menambahbaik, Matlamat (umum):

-Membentuk diri untuk menjadi insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Objektif:


1) Melatih diri untuk sentiasa bersedia menghadapi cabaran
2) Melatih diri untuk sentiasa menepati masa dan bijak menguruskan masa
3) Membentuk keyakinan diri yang mantap dan proaktif

4) Pelan tindakan: Langkah-langkah yang perlu di ambil:


1) Melatih diri untuk sentiasa menepati masa dalam apa jua keadaan
2) Tidak melengahkan segala urusan
3) Sentiasa percaya pada kebolehan diri dengan sentiasa menyatakan dalam diri: "AKU BOLEH!!!"
4) Banyakkan membaca buku-buku motivasi untuk membentuk jati diri yang
mantap
5) Sentiasa muhasabah diri dengan melihat kebesaran Allah
6) Menjadikan kejayaan orang lain sebagai pemangkin untuk kejayaan diri sendiri


Rancang bagaimana ingin mengumpul data:

  • Kenal pasti segala masalah
  • Senaraikan kelemahan diri
  • Sentiasa bertanya pada kawan dan orang lain tentang kekurangan diri kerana mereka merupakan cermin pada diri sendiri

Aktiviti 2

Soalan: Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama

Jawapan:

Ahli kumpulan:

Siti Hajjar Hasnaa Yahya P48622 (Ketua)

Robiah Mohamad P48601(Pencatat)

Shamsurena Shamsudin P48625(Pembentang)

Soalan: Refleksi ke atas masalah atau penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk.

Jawapan:

Pendidikan Islam: bahagian Adab & Akhlak

Tajuk: Batas-batas Pergaulan Tingkatan 5

Masalah:

1) Masalah komunikasi (loghat bahasa)

2) Body language dan eye contact (gesture badan)

3) Intonasi suara – mendatar

4) Pembahagian masa

5) Pengawalan bilik darjah – bising

6) Kurang ilmu pengetahuan atau persediaan dalam pengajaran

Penambahbaikan:

1) Belajar meningkatkan gaya komunikasi verbal dan non-verbal dengan menghadiri seminar dan majlis rasmi yang lain.

2) Fokus dan bergerak aktif dari aspek gesture badan. Hilangkan perasaan segan dan malu.

3) Pengawalan suara dengan banyakkan latihan melalui pemerhatian daripada ceramah-ceramah yang boleh dijadikan panduan.

4) Bijak membahagikan masa dengan objektif pengajaran.

5)Tidak bias pada mana-mana pelajar dengan bersikap adil serta mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran.

6) Guru perlu mengulangkaji dan banyakkan membaca untuk membina makna dan ilmu.

Strategi atau Kaedah:

1) Kaedah pengajaran masteri iaitu guru berusaha menyampaikan ilmu yang boleh difahami pelajar sebelum beralih kepada topik yang lain.

2) Kaedah pengajaran konstruktivisme dengan membina makna dan pengalaman serta pengetahuan yang sedia ada.

3) Kaedah berpusatkan pelajar dengan mempelbagaikan aktiviti berkumpulan dan permainan.

Sunday, April 26, 2009

KULIAH 1: PENGENALAN
DEFINISI KAJIAN TINDAKAN:

Merupakan satu kajian yang digunakan untuk mengumpul data yang berbentuk asal hasil daripada membaca, melihat dan mendengar. Data yang diperoleh akan diproses untuk meningkatkan sesuatu pemahaman melalui suatu topik. Guru yang menjalankan kajian tindakan memainkan peranan sebagai pengkaji. Perkara yang dikaji ialah amalan guru itu sendiri berkaitan dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang diajar. Kajian tindakan adalah belajar dan memperbaiki apa yang telah dibuat. Perubahan yang terhasil menggalakkkan guru untuk sentiasa berfikir kreatif dan kritis untuk merancang pembelajaran secara efektif.

Tujuan Kajian:

1) Meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
2) Mengatasi pelbagai masalah pembelajaran dan membantu pelajar

menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran
3) Membantu pelajar merancang cara belajar dalam bilik darjah dengan

berkesan
4) Menggalakkan guru membuat refleksi bagi setiap perkara yang dilakukan

bagi menjana idea dan strategi yang baru dalam usaha ke arah pembaharuan

dan kemajuan pelajar

JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN:

1) Individu
2) Kolaboratif
3) Sekolah
4) Daerah
1) Kajian Tindakan Individu:
-Pengurusan bilik darjah
-Strategi pengajaran dan pembelajaran
-Pembelajaran berpusatkan pelajar
2) Kajian Tindakan Kolaboratif:
-Lebih daripada 2 orang iaitu guru-guru dalam bidang yang sama, pelbagai
subjek contohnya pihak luar, lecturer universiti
-Fokus 1 isu dalam 1 bilik darjah atau 1 masalah yang sama dalam bilik darjah
yang berlainan
3) Kajian Tindakan Peringkat Sekolah:
-Fokus isu yang sama di peringkat sekolah.
-Contohnya; untuk meningkatkan keaktifan ibu-bapa dalam PIBG
4) Kajian Tindakan Peringkat Daerah:
-Fokus kepada satu isu yang sama dalam beberapa sekolah di peringkat daerah
Ulasan Buku

Tajuk: Action Research a methodology for change and development
Penulis: Bridget Somekh
Tahun: 2006
Emel:
enquiries@openup.co.uk