by Jean McNiff (Author), Jack Whitehead (Author), Pamela Lomax (Author)
I) Konsep Kajian Tindakan
*Proses kajian tindakan memfokuskan ciri utama iaitu:
1. Tanggungjawab penambahbaikan pendidikan yang merupakan campur tangan dalam melatih diri untuk menggalakkan penambahbaikan diri sendiri dan orang lain.
a. Laporan berdasarkan fakta
b. pendekatan multimedia
c. Laporan subjektif
d. Laporan fiksyen
II) Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan?
1. Sebagai asas untuk membuat keputusan berasaskan data
2. Membantu guru dan pihak lain yang berkepentingan dalam mengenal pasti keperluan, menilai tindakan dan perubahan yang telah dilakukan
3. Mendokumenkan tindakan guru semasa membuat sesuatu keputusan
4. Sebagai alat penilaian dalam penilaian kendiri dan institusi
5. Sebagai sumbangan kepada perkembangan profesionalisme guru
III) Reka bentuk kajian tindakan
http://www.jeanmcniff.com/papers/limerick/UL_paper_final.htm
a) Mengenal pasti kawasan lapangan yang akan diselidiki
b) Memikirkan jalan penyelesaian
c) Melaksanakan penyelesaian
d) Menilai penyelesaian
e) Mengubah latihan melalui penilaian
Kitaran penyelidikan tindakan ini boleh bertukar kepada kitaran penyelidikan tindakan yang baru sebagai permulaan kawasan penyiasatan yang baru. Ia berkemungkinan boleh membayangkan beberapa siri kitaran untuk menunjukkan proses-proses pembangunan latihan. Proses-proses tersebut boleh ditunjukkan sebagai kitaran berpusar, di mana satu isu membentuk asas yang lain dan kerana satu soalan dinyatakan, jawapan bagi persoalan itu menghasilkan soalan-soalan yang baru.
http://www.jeanmcniff.com/booklet1.html#2
1. Model
- Jean McNiff, Pamela Lomax dan Jack Whitehead.
2. Sampel
- Penyelidik memfokuskan diri sendiri sebagai sumber utama dalam sampel kajian dan juga orang ramai sebagai penyertaan dalam sampel kajian. Iaitu dengan menilai dirinya sendiri dan berdasarkan pendapat orang ramai melalui kaedah yang sistematik iaitu bukan secara rawak tetapi berdasarkan perancangan. Ia mestilah mempunyai kemungkinan secara menyeluruh kerana banyak gambaran penting yang boleh dihasilkan selepas penyelidikan untuk menghubungkaitkan data yang telah dikumpul. Data tersebut boleh ditukar kepada bukti untuk menunjukkan pemahaman dalam perubahan ini.
3. Setting kajian
- London
IV) Prosedur kajian tindakan
1. Mengumpul data tentang tindakan supaya dokumen tersebut boleh menerangkan dengan jelas apa yang telah berlaku.
2. Mentafsirkan data yang telah dikumpulkan supaya anda boleh menghasilkan penerangan yang belum pasti tentang sesuatu perkara yang berlaku.
3. Penilaian apa yang sudah selesai supaya anda boleh merancang semula untuk tindakan yang akan datang.
*Bagaimanakah cara untuk menghasilkan data?
1. Memantau tindakan diri sendiri dengan mengenal pasti tujuan dan motif sebelum gambaran peristiwa yang berikutnya seperti mana yang sepatutnya dilakukan oleh kamu
2. Memantau tindakan orang lain bermaksud memantau pengajaran guru sebelum dan selepas sesi maklum balas. Kajian tindakan ini bukan hanya membuat penilaian tentang orang lain, tetapi membuat penilaian tentang diri sendiri dan kualiti pengajaran dengan meminta mereka membuat pertimbangan ke atas diri mereka sendiri.
3. Memantau perbualan yang kritikal tentang kajian sepatutnya di peringkat proses. Kritikal bukan menandakan kritikan negatif. Ia merujuk kepada proses kritikan
IV) Pengumpulan dan penganalisisan data
1. Instrumen kajian
-Alat ukur yang mengandungi beberapa siri item yang boleh memberi gambaran penilaian dan mentafsir daripada angka-angka yang diperoleh dengan menghasilkan makna. Kajian tindakan menggunakan pelbagai metod untuk menjana data.
2. Teknik pengumpulan data
a) Menggunakan kajian diari
b) Kaedah pemerhatian
c) Soal selidik
d) Temu bual
e) Fotografi, audio dan rakaman pita video serta perantara interaktif
3. Teknik penganalisisan data
-Teknik penganalisisan data tertumpu pada kaedah pengumpulan data yang mana kaedah ini memerlukan kepada lakaran perancangan masa kajian yang lebih spesifik. Ianya menggunakan kerangka kerja dengan menyenaraikan perbualan tersebut dalam satu paksi berserta dengan tempoh masa percakapan antara satu sama lain. Teknik ini bertujuan untuk mengenal pasti jumlah masa percakapan mereka antara satu sama lain dan merakamkan dengan menggunakan rakaman suara untuk menyemak kembali data tersebut.
Penjelasan data pemerhatian ini berguna untuk mencari perubahan dalam pelbagai situasi yang lepas seperti perhubungan antara sekumpulan manusia atau antara manusia dengan kumpulan yang lain. Jadual pemerhatian ini sesuai digunakan bersama rakaman suara dan rakaman video atau pun kerjasama dalam kumpulan.
V) Etika kajian tindakan
Senarai semak merupakan asas kepada pertimbangan etika. Ianya tidak komprehensif dan juga tidak meliputi semua keadaan yang berhampiran. Dalam kemajuan kajian, hendaklah sentiasa menyemak dengan yang lain yang mana telah memenuhi etika komitmen iaitu:
a) Membuat dokumen
b) Berunding untuk mendapatkan maklumat
c) Perjanjian rahsia
d) Memastikan hak responden berada di dalam situasi kajian
e) Memastikan kawalan golongan akademik dengan profesional yang baik
f) Mendapat kepercayaan daripada responden
VI) Kebolehpercayaan dan kesahan kajian tindakan
Kebolehpercayaan merujuk kepada proses mendapatkan pengetahuan dengan melakukannya secara umum untuk penelitian yang kritikal mengikut kesesuaian taraf pemikiran. Manakala kesahan merujuk kepada kekuatan peristiwa yang menentukan kebenaran dalam konteks yang biasa. Terdapat pelbagai bentuk kesahan, antaranya:
a) Kesahan diri
b) Kesahan rakan sebaya
c) Kesahan berperingkat
d) Kesahan klien
e) Kesahan akademik
VII) Penilaian keseluruhan terhadap buku ini
Buku ini merupakan hasil nukilan oleh Jean McNiff, Pamela Lomax dan Jack Whitehead. Ia memfokuskan bagaimana cara untuk melaksanakan kajian tindakan melalui kajian yang telah dijalankan. Di dalam buku ini turut dijelaskan tentang konsep kajian tindakan, prosedur, reka bentuk, pengumpulan dan penganalisisan data, etika, kesahan dan kebolehpercayaan kajian tindakan. Ia merujuk kepada bagaimana seorang guru dapat melaksanakan kajian tindakannya melalui prosedur dan perancangan yang betul. Kajian tindakan ini merupakan satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut, serta bersedia untuk mengubahnya. Tujuan kajian ini adalah untuk membantu guru dan pihak lain yang berkepentingan dalam mengenal pasti keperluan, menilai tindakan dan perubahan yang telah dilakukan. Reka bentuk kajian adalah bersumberkan (Mcniff dan Whitehead, 2000, 2002). Iaitu:
i. Mengenal pasti kawasan lapangan yang akan diselidiki
ii. Memikirkan jalan penyelesaian
iii.Melaksanakan penyelesaian
iv.Menilai penyelesaian
v. Mengubah latihan melalui penilaian
Di dalam buku ini, penyelidik memfokuskan dirinya sendiri sebagai sumber utama dalam sampel kajian dan juga orang ramai sebagai penyertaan dalam sampel kajian. Penyelidik iaitu guru perlu menilai dirinya sendiri dan merujuk pendapat orang ramai melalui kaedah yang sistematik iaitu bukan secara rawak tetapi berdasarkan perancangan. Teknik pengumpulan data menggunakan kaedah kajian diari, kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual, fotografi, audio, rakaman pita video dan perantara interaktif. Ini memudahkan bagi seorang guru untuk menganalisis data melalui kaedah pengumpulan data yang pelbagai. Data yang diperolehi akan direkodkan dalam bentuk jadual atau carta. Penyelidik menggalakkan kepada guru yang melaksanakan kajian tindakan untuk menggunakan pita rakaman suara ataupun rakaman video agar kajian yang dijalankan berjalan dengan lancar. Secara keseluruhannya, buku ini memberi panduan kepada guru yang ingin membuat kajian tindakan melalui pelbagai contoh yang ditonjolkan. Ia sesuai untuk seorang guru dalam membuat kajian tindakan masing-masing.